TENGKU MAISARAH BT TENGKU ISMAIL(212617)
Dalam kehidupan manusia sebagai hamba
ALLAH menghadapi masalah dalam berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan
penyelesaian. Ada masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran
logik,ada yang yang memerlukanpenyelesaian secara agama,ada yang memerlukan
penyelesaian secara kreatif.Dalam zaman sekarang ,pelbagai masalah telah timbul
dan boleh dikategorikan seperti misteri,puzzle,dilema,dan peluang.A pabila
datang sesuatu masalah,segerakanlah menyelesaiankannya. Manakala sesuatu isu
itu juga perlu ditangani dengan lebih bijak agar tidak akan ada masalah lain
pula timbul. Sesuatu masalah jika tidak diselesaikan dan dibiarkan
berlarutan akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan.
Disamping itu,didalam menyelesaiakan
masalah,ianya juga mempunyai sifat penyelesaian masalah,didalam menyelesaiankan
masalah kita dapati ada orang yang akan dapat mencari penyelesaian kepada satu
masalah lebih cepat daripada orang lain.Ada empat ciri penting di dalam individu
yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan iaitu
motivasi yang kuat,trait yang positif,jati diri,membina kemahiran. Penyelesaian
masalah juga boleh dibuat secara saintifik iaitu mengadakan
hipopnesis,mengumpul maklumat dan akhirnya membuat kesimpulan. Selain itu,dalam
menyelesaikan masalah kreatif atau literal mempunyai beberapa ciri berikut
iaitu dimana cara berfikir dikawal oleh penilaian betul atau salah,kuat atau
lemah serta benar atau salah hujah fikiran kita.Ianya juga tidak bersifat
analitikal seperti kaedah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah
sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk menemui kebenaran.Ianya juga
tidak wujud vertikal atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir
menurut logik sebab akibat.
Disamping itu,penyelesaian masalah juga
boleh dilakukan dengan penyelesaian secara islam.Pada hakikatnya ,penyelesaian
masalah secara islam mempunyai 2 corak yang yang popular iaitu pendekatan hokum
dan pendekatan sufi. Pendekatan hokum dalam penyelesaian masalah merupakan
bentuk pendekatan islam yang bersifat rasional da intelektual. Manakala
pendekatan sufi pula ialah bersifat moral dan spiritual. malah menurut anggapan
sesetengah pihak,pendekatan hokum dianggap bersifat tegas dan kasar,tetapi
pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak. Penyelesaian masalah menurut
pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok iaitu hakikat
masalah,sebab masalah dan kaedah penyelesaian..